BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.com

Saturday, October 16, 2010

Jauhi Fitnah

Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:’Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya’ berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.”

 
(Muslim)

Huraian
Berbanding lelaki, aurat wanita lebih sukar dijaga. Ini kerana lelaki boleh menunaikan solat dengan hanya berkain pelikat kerana auratnya setakat antara lutut hingga ke pusat. Tetapi, aurat wanita meliputi pelbagai anggota badan daripada kaki hingga rambut. Tarikan nafsu bukan sahaja daripada cara seseorang itu berpakaian malah peranan minyak wangi atau haruman yang dipakai juga boleh menimbulkan ransangan lelaki terhadap seseorang wanita. Oleh itu Islam mengharamkan para wanita memakai wangian yang semerbak baunya sehingga dapat membangkitkan syahwat dan menarik perhatian lelaki sehingga menimbulkan fitnah sekalipun dalam konteks hendak mengerjakan ibadah seperti memakai haruman ketika hendak mengerjakan solat berjamaah yang terdapat lelaki bukan muhrim bersama-sama mengerjakan solat. Kesimpulannya, Islam membolehkan seorang perempuan muslimah itu keluar rumah untuk pergi bersembahyang, mencari ilmu, melaksanakan keperluan dan sebagainya tetapi dengan syarat perempuan itu dapat menjaga maruahnya dan adab kesopanan yang telah digariskan oleh Islam agar dengan itu mereka terhindar daripada fitnah mahupun mara bahaya dan bencana yang menimpa seperti jenayah rogol, khianat dan seumpamanya.



 
 

FITNAH TERBESAR..

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita

 
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)




 Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.
 
 
jadi, ingatlah antunna sekalian, jagalah adabmu, tutur katamu, pandangan matamu, cara pemakaianmu agar terhindar daripada fitnah kerana sesungguhnya wanita adalah fitnah terbesar yang ditinggalkan selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W......


The Arrivals [ siri kedua ]

Assalamualaikum .

Post ini merupakan sambungan daripada siri yang pertama . Saksikanlah.




 

                                            

                                            

                                           

                                          

                                           

                                           



Friday, October 15, 2010

The Arrivals . [ siri pertama ]

Assalamualaikum .


Video The Arrivals ini merupakan sebuah dokumentari mengenai ketibaan Al-Masih Dajjal . Luangkanlah masa anda untuk menonton video-video  dibawah ini . Oleh kerana video-video ini terlalu banyak , saya akan membuat beberapa siri . Ini merupakan siri pertama .

 

 










 


Saya akan upload sambungannya pada post yang akan datang . 
Till now , salam .


CARA-CARA MENUTUP AURAT YANG DITUNTUT OLEH ISLAM

Assalamualaikum w.b.t. Harap baca! Untuk pengetahuan... :)



Bahagian Manakah Yang Boleh Diperhatikan?
Rasullullah S.A.W telah bersabda:
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)
MUKA DAN TANGAN
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis.


Sabda Rasullullah S.A.W:
“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja” (Riwayat Muslim dan Bukhari)


Surah An Nisaa ayat 34, Allah S.W.T berfirman:
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.”


Surah Al-A’raf ayat 26, Allah S.W.T berfirman:
“Hai anak keturunan Adam. Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.”
MUKA DAN LEHER
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu.”


1) Bersolek (Make-up)


2) Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.
DADA
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka.”
WANGIAN
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mta itu adalah zina.” (Riwayat Nasa’I, Ibn Khuzaimah Dan Hibban)
KAKI / TUMIT KAKI
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (An Nur : 31)


1) Menampakkan kaki.


2) Menghayunkan / melenggokan mengikut hentakkan kaki.
Kepada Siapa Aurat Boleh Diperlihatkan?
“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka atau hamba sahaya mereka, atua orang-oramg lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan.” (An Nur 31)


Tudung Kurang Molek (Janganlah di amalkan)

Rahsia Solat



-         NIAT SEMBAHYANG
Memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

-         BERDIRI BETUL
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur

-         TAKBIR-RATUL IHRAM
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur

-         FATIHAH
Fadilatnya sebagai pakaian yg indah2 di dalam kubur

-         RUKU’
Sebagai tikar kita di dalam kubur

-         I’TIDAL
Akan member minuman air dari telaga al-Kauthar ketika di dalam kubur

-         SUJUD
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL MUSTAQIM

-         DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Akan menaung panji2 nabi kita di dalam kubur

-         DUDUK ANTARA DUA SUJUD AKHIR
Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar

-         TAHHIYAT AKHIR
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur

-         SELAWAT NABI
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

-         SALAM
Memelihara kita dalam kubur

-         TERTIB
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT

Sifat neraka jahanam


Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah daripada neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorangpun penolong bagi mereka.” (An-Nisaa’:145)
Dan firman-Nya:
“Dan adapun orang-orang yang ringan timbangannya (kebaikannya), maka tempat kembali adalah neraka hawiyah. Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Yakni api yang sangat panas.” (Al-Qaari’ah (101): 8-11)
Dan firman-Nya:
“Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut api neraka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, Kami tidak memikulkan kewajipan kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya.” (Al-Nraaf (7):41-42)
Dan firman-Nya:
“Pada hari mereka didorongkan ke neraka Jahanam dengan sekuat-kuatnya. (Dikatakan kepada mereka), “Inilah neraka yang dahulu kamu mendustakannya.” (Ath-Thuur:13-14)
Dan firman-Nya:
“Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala. (Dan ingatlah akan) pada hari (yang pada hari itu) Kami bertanya pada neraka Jahanam, “Apakah kamu sudah penuh? Dia menjawab, Masih adakah tambahan.” (Qaaf (50): 24 dan 30)

Admin:

~ Shafiqah Azman
~ Nur Fatihah Abd Rahman
~ Aisyah Khairudin
~ Fatin Nadiah Zamri