BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.com

Saturday, October 16, 2010

FITNAH TERBESAR..

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita

 
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)




 Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.
 
 
jadi, ingatlah antunna sekalian, jagalah adabmu, tutur katamu, pandangan matamu, cara pemakaianmu agar terhindar daripada fitnah kerana sesungguhnya wanita adalah fitnah terbesar yang ditinggalkan selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W......


0 comments:

Admin:

~ Shafiqah Azman
~ Nur Fatihah Abd Rahman
~ Aisyah Khairudin
~ Fatin Nadiah Zamri